Isnin, 31 Mac 2014

KONSEP KEINDAHAN MELAYU KLASIK


Definisi klasik:


Menurut Collins English Dictionary, (1981: 281) ‘classic’ dirujuk kepada sesuatu yang bermutu dan tinggi nilainya. ‘classics’ dirujuk kepada karya yang agung, terutamanya karya-karya zaman Greek dan Latin.
Menurut Kamus Besar Indonesia (1988: 445), klasik bermakna sesuatu yang mempunyai nilai atau posisi yang diakui dan tidak diragukan.

Konsep Karya Melayu Klasik

Karya yang ditulis atau diungkapkan atau dilisankan seperti pepatah, pantun, lipur lara dan lain-lain dalam bahasa Melayu.
Tidak mengambil kira kelompok bangsa atau etnik dalam kawasan dunia Melayu ini, sama ada orang Semenanjung Tanah Melayu atau orang Melayu Brunei, orang Acheh, orang Bugis, orang Minangkabau dll yang menghasilkan karya itu.

Konsep Keindahan Melayu Klasik

Istilah keindahan merupakan salah satu istilah pokok dalam sistem estetika kesusasteraan Melayu. Konsep keindahan dalam tradisi dan budaya Melayu menurut V. I. Braginsky (1994:16) ,beliau merumuskan bahawa terdapat 3 aspek yang dinyatakan dalam karya-karya sastera menerusi penggantian perkataan ‘indah’ dengan kata-kata yang seerti.
Menurutnya keindahan sesuatu karya dipercayai boleh mempengaruhi jiwa seseorang, mempunyai kuasa penyembuh dan manfaat yang terkandung di dalamnya. Keindahannya karya Melayu klasik ini terletak pada tema ,  persoalan, watak dan perwatakan, plot, gaya bahasa, latar masyarakat serta nilai dan pengajaran.

ESTETIK & ESTETIKA DALAM KARYA MELAYU KLASIK

Estetik boleh diertikan sebagai persepsi pancaindera (sense of perception), iaitu merupakan istilah estetika yang digunakan untuk  kajian falsafah.
Secara umumnya perkataan estetika dalam bahasa Yunani ialah aesthesis yang membawa maksud hal-hal yang dapat diserapkan oleh pancaindera atau lebih khusus lagi membawa maksud ‘kepekaan’ nanusia terhadap sesuatu gaya penulisan.
Selain itu, estetika juga membawa banyak pengertian daripada ramai tokoh falsafah. Ahli falsafah Jerman bernama Alexander Baumgarten (1714-1716) adalah orang pertama yang memperkenalkan perkataan aisthetika.
Estetik adalah rasa indah pada umumnya dan tentang keseniaan pada khususnya. Pandangan mengenai falsafah dan estetika sangat berhubung rapat dengan kesenian. Apabila disentuh tentang keindahan, maka secara langsung akan diperkatakan perkara berkaitan seni dan kesenian.
Estetika secara umumnya bermaksud keindahan. Oleh sebab itu, estetika merupakan satu cabang yang sangat dekat dengan falsafah seni. Nilai estetika itu sendiri melibatkan seni dan keindahan. Apabila dilihat dari konsep yang berkaitan dengan karya, kita dapat mengaitkan unsur ini dengan karya yang dihasilkan iaitu penghasilan bahasa yang estetik iaitu indah dan berseni. Secara umumnya, estetika dikaitkan dengan karya seni manusia atau mengenai alam semesta.
William Haverson mengatakan estetika adalah segala hal yang berhubungan dengan sifat dasar nilai-nilai nonmoral suatu karya seni. Estetika sering diungkapkan sebagai persamaan makna seni, tetapi ia berbeza dengan ‘falsafah keindahan’, kerana estetika tidak semata-mata menjadi permasalahan falsafah.
Di dalamnya menyangkut perbahasan ilmiah berkaitan dengan karya seni, yang merangkumi bidang ilmiah, antaranya meliputi perbincangan tentang keindahan dalam seni atau pengalaman estetik, gaya atau aliran seni, perkembangan seni dan sebagainya. Secara langsung pengkajian falsafah estetika bersangkutan dalam bidang-bidang seperti psikologi, sosiologi, antropologi dan lain-lain yang bersangkutan.
Estetika juga dapat dikaitkan sebagai keindahan yang berdasarkan penglihatan iaitu seni rupa dan keindahan yang boleh didapati melalui pendengaran contohnya, muzik. Oleh sebab itu, keindahan dapat diertikan sebagai keindahan yang meliputi aspek keindahan seni, keindahan alam, keindahan moral, dan keindahan intelektual.
Estetika sebagai keindahan dan keagungan. Estetika juga merupakan sebahagian penciptaan simbol-simbol yang wujud dari perasaan manusia sebagai hasil keseniaan dan juga sesuatu yang mewakili perasaan amnesia. Maksudnya, estetika bersifat simbolisme iaitu simbol-simbol yang dimaksudkan bukan sahaja hasil karya seni lukis tetapi hasil binaan yang mempunyai simbolik tersendiri hasil ciptaan manusia.



RUJUKAN

1.     Harun Jaafar, (2002). Wacana Kesusasteraan Melayu Klasik. Perak: Penerbit Universiti 
         Pendidikan Sultan Idris.

2. Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, (2005). Stilistik Komsas. Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

3. V.I.Braginsky, (1994). Erti Keindahan dan Keindahan Erti dalam Kesusasteraan Melayu Klasik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. http://karyaagungmelayu 2013.blogspot.com/2013/04/estetik-dalam karya-agung.html.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan