Rabu, 26 Mac 2014

KAITAN ANTARA IDEALISME DAN FALSAFAH MELAYU


Kedua-dua elemen ini diadaptasikan oleh tokoh-tokoh sastera ke dalam karya mereka untuk memperjelaskan lagi tujuan dan idea yang ingin disampaikan dalam sesuatu karya agung itu. Hal ini demikian kerana, elemen-elemen tersebut amat sesuai dan bertepatan dengan kehendak pembaca.
Para pengkarya itu juga menerapkan kedua-dua elemen ini agar para pembaca dapat membuat penganalisisan tentang sesuatu karya tersebut dengan lebih mudah.  Jelaslah bahawa penerapan idelisme dan falsafah dalam sesuatu karya agung amat diperlukan dalam pengoperasian sesuatu karya agung.
Idealisme bersumberkan alam
Idealisme yang bersumberkan alam ini dapat dikategorikan kepada beberapa pecahan, misalnya berkaitan tumbuh-tumbuhan, haiwan, angkasa, sosialisasi dan sebagainya.
Kehidupan manusia tidak dapat lari daripada alam, malah banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan sebagai seorang manusia sering dikaitkan dan diumpamakan dengan alam ciptaan Tuhan, tidak kira dari segi tumbuhan, haiwan, angkasa, lautan mahupun hubungan antara masyarakat, iaitu sosialisasi.
Hal ini banyak diungkapkan dalam karya-karya agung Melayu klasik. Mortimer Jerome Adler menyatakan bahawa berdasarkan isu utama berkenaan tumbuh-tumbuhan, haiwan dan manusia sebagai bentuk hidupan yang berkesinambungan atau jelas berbeza, maka kajian organisma haiwan – anatomi dan fisiologinya – memperoleh banyak kepentingannya (2007: 12). 
Bukan sahaja pada satu bahagian, malah pada ketika menulis manusia juga tidak dapat lari daripada dikaitkan dengan alam.

Contoh :

1.     Api dan air

   “Bahawa demikianlah susahnya aku ini dipeliharakan oleh ibu bapaku: seperti meniup api dalam air, adanya.”
                                                                                                                                         (Hikayat Abdullah, 2004: 15)

Petikan ini menunjukkan terdapat penggunaan perumpamaan yang dikaitkan dengan kehidupan manusia melalui kepengarangan kisah hidup Abdullah yang ditulis oleh beliau sendiri.

2.     Kaitan antara manusia (sosiolisasi)

 “Maka sebab itulah kata arif: Apabila engkau dapat wang, belikan emas; maka jualkan pula emas itu, belikan pula intan; maka jualkan pula intan itu, belikan manikam; jualkan pula manikam itu, belikan ilmu. Maka demikianlah besar kemuliaannya itu serta dengan teguh setianya kepada orang yang mendapat dia itu.”
                                                                                                                           (Hikayat Abdullah, 2004: 20)

Abdullah Munsyi turut memasukkan kata-kata dari bijak pandai yang menunjukkan bahawa beliau mengambil tahu hal ini daripada orang yang lebih arif. Kebiasaannya juga, hal ini dikatakan oleh orang berilmu dan orang tua-tua kepada orang muda. Hal ini menunjukkan idealisme bersumberkan alam berkaitan hubungan sesama manusia dalam hidup bersosial.

3.     Haiwan

“Maka sembah mangkabumi, “Baiklah, tuanku.” Maka mangkabumi pun bermohonlah keluar akan berlengkap gajah kuda dan rakyat sekalian.”
                                                                                     (Hikayat Hang Tuah, 1995 : 3)

Petikan ini menunjukkan pengarang menggunakan unsur haiwan dalam kepengarangan untuk menggambarkan kepentingan haiwan dalam kehidupan manusia.

4.     Tumbuhan

“Maka dilihat oleh baginda ada sebuah kolam terlalu indah indah perbuatan, diikat dengan permata pancawarna, berkeliling kolam itu pelbagai bunga yang indah-indah dengan jambangannya.”
                                                                                     (Hikayat Hang Tuah, 1995 : 8)

Unsur tumbuhan, iaitu bunga digunakan dalam kepengarangan bagi melambangkan unsur alam yang berada di sekeliling manusia.

5.     Lautan  

“Maka Raja Suran fikir dalam hatinya, ‘Bahawa isi darat telah aku ketahuilah, dan segala isi laut bagaimana gerangan rupanya? Jika demikian, baik aku masuk ke dalam laut, supaya aku ketahui betapa halnya.’”
                                                                                        (Sulalat al-Salatin, 2003: 14)

Petikan ini menunjukkan bahawa penulis berasa perlu untuk memasukkan unsur alam dalam pengkaryaannya meskipun kadangkala dilihat hal itu tidaklah begitu penting.
Hal ini membuktikan bahawa kaitan antara manusia dan alam seperti lautan juga adalah sesuatu yang dianggap sebagai keperluan.


Video Alam Sekitar Malaysia







Tiada ulasan:

Catat Ulasan