Etimologi bermaksud kajian asal usul
dan sejarah sesuatu perkataan serta makna perkataan tersebut. Menurut Mohd
Rashid (2007), melayu itu terbit daripada perkataan Sanskit ‘Malaya’ atau
daripada perkataan Tamil "Malai" yang berertibukit atau tanah tinggi. Orang Portugis mengelarnya sebagai Malayo. Mengikut
sejarah, bangsa yang bernama Melayu itu menepat dengan sunyi di sebuah kawasan
anak sungai yang bernama Sungai Melayu di Hulu Sungai Batang Hari atau kini
terkenal dengan nama Sungai Jambi. Di kawasan hulu Sungai Jambi itu ada sebuah kerajaan
Melayu semasa sebelum terkenal Kerajaan Srivijaya atau Palembang Tua.
Sementara itu, perkataan “melayu’’ dikatakan
daripada perkataan Mo-lo-yeu. Ini dibuktikan dengan penemuan
beberapa catatan oleh para pengembara. Antaranya penemuan catatan pemgembara
Cina sekitar tahun 644-645 M. Catatan Rahib Buddha bernama I-Tsing yang singgah
di Srivijaya pada 672 M mengatakan bahawa Bahasa Melayu digunakan di Palembang.
Manakala pengembara Portugis, Godinho de Erachia, mengatakan Bahasa
Melayu dalam perhubungan di Kepulauan Melayu dengan pedagang-pedagang
dari Asia Barat, India dan China. Perkataan Melayu pada Kerajaan
Mo-lo-yue di Jambi, Sumatera, sempena sebatang sungai yang dipanggil “Sungai
Melayu’’. Bagi salasilah Bahasa Melayu, dalam kajian rumpun dan Keluarga
Bahasa Melayu, kita perlu memahami istilah yang penting. Antaranya istilah
tersebut yang perlu difahami ialah filum iaitu kelompok bahasa seusia 5000
tahun, rumpun pula kelompok bahasa 2500-5000 tahun dan keluarga merupakan
kelompok bahasa seusia kurang daripada 2500 tahun.
Istilah Melayu juga disebutkan diambil daripada perkataan bahasa Jawa Kuno, melayu, yang bermaksud ‘mengembara’ atau ‘pergi ke mana-mana’’. Maksud perkataan ini dikatakan sesuai dengan orang Melayu yang dikatakan berpindah dari Yunan menuju ke kawasan Selatan, menyeberangi Selat Melaka dan mendarat di Pulau Sumatera. Menurut Nik Safiah Karim (2010), asal usul orang Melayu, iaitu penuntur asli bahasa Melayu, amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. Beberapa teori telah mengatakan bahawa penuntur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Mereka datang dari daerah Yunan dan menjelajah ke Selatan, dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia, dan menduduki wilayah Asia Tenggara. Ini berlaku sejak tahun 2500 sebelum Masihi, iaitu berlaku dengan kedatangan golongan pertama yang disebut Melayu Proto; kemudian, kira-kira dalam tahun 1500 Sebelum Masihi, datang pula gelombang yang kedua, golongan yang disebut Melayu Deutro. Mereka ini telah menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara, dan telah memperlihatkan kepandaian belayar dan bercucuk tanam.
Menurut
Abdul Rashid (2005), dalam kajian Zuber Osman sebelum menentukan apa itu bahasa
Melayu, terlebih dahulu tentukan pengertian perkataan ‘Melayu’. Perkataan Melayu berasal daripada ‘Himalaya’ yang telah
disingkatkan kepada ‘Malaya’, dan kemudiannya menjadi Melayu.
Perkataan ‘Himalaya’ berasal daripada perkataan ‘hima’ dan ‘alaya’.
‘Hima’ bererti salji atau salju. Sedangkan ‘alaya’ bererti tempat. Dengan
itu hima alaya maksudnya tempat sejuk, seperti di puncak
gunung yang tinggi.
Manakala ada
juga pengkaji yang mengatakan bahawa Melayu itu daripada perkataan
‘Malaiyur-pura’ yang terpahat pada prasasti Bukit Gombak I di
Sumatera Barat yang bererti kota Malaiyur, atau kota gunung. Dari situ timbul
perkataan malaiyur = malaiyu = malayu = melayu. Pada Batu
Bersurat Bukit Gombak Stau di Sumatera barat, tercatat perkataan Melayu Pura
bermaksud ‘kota Melayu’ atau ‘Kerajaan Melayu’.
Dengan kata lain, istilah Melayu diambil daripada perkataan Malayapura.
Selain itu,
ada juga yang mengatakan bahawa perkataan Melayu berasal daripada perkataan ‘pamalayu’,
iaitu peristiwa ketika berlaku penyerangan oleh Raja Kertanegara dari
Singhasari Jawa Timur di Hulu Jambi di sempadan Sumatera Barat. Kemudian di
situ didirikan sebuah prasasti, iaitu prasasti Amoghapasa. Prasasti itu dibina
sebagai peringatakan tentang berlakunya ekspedisi angkatan perang dari Jawa
Timur tadi ke daerah Melayu pada tahun 1286. Pamalayu itu
bermaksud Ekspedisi Malayu, iaitu penyerangan dan seterusnya penguasaan
terhadap negeri Melayu. Perkataan Melayu itu berasal daripada perkataan Jawa Kuno
dan Jawa Baru, iaitu mlaya dan mlayu yang
bererti lari.
Akhir
sekali, pendapat mengatakan perkataan Melayu berasal daripada Malayu,iaitu
sebuah kerajaan yang berpusat di Muara Jambi. Kerajaan Melayu ini terwujud pada
abad ke-7 (644M) dan pernah dilawati oleh I-Tsing pada 671M. Nama Malayu bagi
kerajaan Malayu ini berasal daripada nama sebuah sungai yang terletak di situ,
iaitu Sungai Melayu. Penamaan kerajaan atau negeri daripada nama sungai
adalah perkara biasa dalam budaya Melayu, seperti nama Negeri Johor, Pahang,
Kelantan, Sarawak, Perak, Kedah, Siak, Terengganu, Inderagiri dan banyak lagi
yang berasal daripada nama sungai. Tetapi bagaimana pula nama sungai diberi
Melayu, tidak yang lain? Mengikut ceritanya air di sungai itu begitu deras
arusnya, selaju orang berlari. Dengan itu ia diberikan nama sungai Malayu atau
Melayu. Melayu di sini sama dengan pengertian dalam bahasa Jawa, iaitu lari.
Menurut Asmah Hj Omar (1993), pengetahuan tentang asal usul bangsa Melayu
diperolehi dari bahan-bahan peninggalan purbakala. Dengan itu, orang-orang
Melayu dan orang-orang yang seketurunan dengannya di seluruh Kepulauan Melayu
dikatakan berasal dari Tanah Besar Asia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan