Jumaat, 28 Mac 2014

FALSAFAH BERSUMBERKAN MELAYU


Kehidupan masyarakat Melayu tidak boleh terlepas daripada peraturan dan disiplin. Oleh hal yang demikian, mereka menerapkan unsur tersebut di dalam karya mereka. Misalnya, masyarakat Melayu menekankan konsep budi dalam kehidupan mereka.
Konsep budi
1.   Budi bahasa
2.   Budi bicara
3.   Budi pekerti
4.   Hati budi
5.   Akal budi

¢ Budi bahasa
Budi bahasa dan budi bicara yang mulia merujuk kepada pertuturan yang manis, sopan, positif, bijaksana, bernas dan penuh pengajaran, serta memberikan sumbangan kepada khalayak dan pendengarnya (Mohd Rashid Idris, 2011: 64).
¢ Budi pekerti
Budi bahasa dan budi bicara yang mulia merujuk kepada pertuturan yang manis, sopan, positif, bijaksana, bernas dan penuh pengajaran, serta memberikan sumbangan kepada khalayak dan pendengarnya (Mohd Rashid Idris, 2011: 64).
¢ Hati budi
Hati budi pula bolehlah dikaitkan dengan istilah hati yang baik atau baik hati. Untuk melahirkan hati yang baik, seseorang itu perlu diasuh sejak kecil kerana kesucian hati akan menentukan perlakuan yang baik, tingkah laku yang bersopan dan akan dihindari daripada segala sifat-sifat yang negatif dan buruk.
¢ Budi bicara
Toleransi dan tolak ansur dalam setiap perbuatan. Hal ini demikian kerana, kehidupan bermasyarakat yang mementingkan nilai kerjasama bagi mewujudkan suasana yang harmoni dan aman.
¢ Akal budi
Pertimbangan akal sangat diperlukan dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian, melalui pertimbangan akal budi yang mementingkan kewarasan fikiran ini akan menentukan sikap seseorang itu sama ada mampu untuk bertanggungjawab dengan setiap perkara yang dilakukannya ataupun tidak. Kebiasaannya dalam masyarakat dahulu nilai ini sangat dipentingkan supaya seseorang individu itu mampu untuk mengurus diri, keluarga dan juga masyarakat.

Contoh :
1.   Hati budi (hati yang baik atau baik hati)
“Setelah sudah baginda merajakan anakanda baginda berapa bulan lamanya, maka dilihat akan anakanda baginda kerajaan terlalu baik budi afalnya, baginda lalu kembali keinderaan laki isteri.”
(Hikayat Hang Tuah, 1995 : 7)

Petikan di atas menggambarkan seorang raja yang mempunyai hati budi yang baik dan sememangnya sesuai ditabal menjadi seorang raja.

2.   Budi bahasa (pertuturan yang manis, sopan, positif, bijaksana, bernas dan penuh pengajaran, serta memberikan sumbangan kepada khalayak dan pendengarnya (Mohd Rashid Idris, 2011: 64)

“Daulat tuanku, patik sekalian ini hamba yang hina lagi daif hendak memohon ampun lagi kurnia ke bawah Duli Seri Maharaja. Jika ada kurnia akan patik sekalian ini memohonkan paduka anakanda seorang supaya patik sekalian mempertuankan juga.”
(Hikayat Hang Tuah, 1995 :17)

Petikan dia atas menunjukkan sifat budi bahasa, iaitu cara golongan diperintah berbicara dengan golongan pemerintah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan